Monday, September 19, 2011

Dalil Bangsawan Umno Akan Di Muziumkan!

BUKU JINGGA PENGHAPUS AKTA ZALIM..
DARI PEMERINTAH KUKU BESI BANGSAWAN UMNO APCO SELAMA INI..
DARI RAKYAT KEPADA RAKYAT!
ANAK MUDA PENERAJU PEMERINTAHAN RAKYAT!
BERSAMA KITA JAYAKANNYA!

DARI ANAK ANAK MUDA KEPADA ANAK ANAK MUDA..
DARI GOLONGAN MISKIN KE GOLONGAN KAYA..
BUKAN DARI BANGSAWAN KEPADA RAKYAT..
KERANA KAUM BANGSAWAN HARBI UMNO APCO..
HANYA PANDAI MENGKIANATI DAN MENGANIAYA..
RAKYAT MALAYSIA DAN ANAK ANAK MUDA..
DULU KINI SELAMANYA..
KAH KAH KAH


Kuala Lumpur 19 sept - JANGAN BAGI MUKA LAGI PADA BANGSAWAN UMNO!

Perisytiharan penghapusan akta zalim ISA pada 15 September telah memenuhi dada-dada akhbar.

Seperti lazimnya, gerombolan gerombolan Umno Apco, yang dulunya lantang melaungkan dan memperjuangkan pentingnya ISA dikekalkan, telah menebalkan muka dan memuji bertubi-tubi Perdana Menteri Najib Razak sebagai seorang yang berani, tegas dan hebat.

Jika pujian itu diterima, secara logikanya - bukankah itu bermaksud dulu semua pemimpin Umno Apco ini penakut, tiada ketegasan dan tiada kehebatan? Cuma sekarang saja ada keberanian.

Pada tahun 2009, kerajaan Babi Negara berkali-kali menegaskan bahawa dasar dan pendirian kerajaan adalah untuk mengkaji dan “bukannya memansuhkan ISA.

Malah pada bulan Disember 2009, Hishammuddin Hussein bahawa semua pihak sepakat Akta Keselamatatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan.

KEZALIMAN PEMERINTAH MALAYSIA..
DI BAWAH TERAJU BANGSAWAN DERHAKA..
ANAK ANAK MUDA WAJIB MENGHUMBANNYA..
KE PINTU MUZIUM NEGARA!

Pakatan Rakyat pula dalam Buku Jingganya pula menyatakan akan memansuhkan ISA. Apabila Pakatan Rakyat kata penghapusan akta zalim ini meniru idea dalam Buku Jingga, tiba-tiba bangkitlah beberapa orang menteri Umno Apco amnesia yang menyatakan bahawa ini idea asli perdana menteri, bukannya tiru idea Buku Jingga.

Malah, Najib Altantuya menyuarakan bahawa inisiatif untuk memansuhkan ISA adalah keputusan dibuat kerajaan Babi Negara dan bukan perjuangan mana mana pihak lain.

Mana ia penghargaan kepada jasa-jasa pejuang-pejuang memansuhkan ISA selama ini? Tak akanlah disebabkan mereka ini rakyat jelata yang menyokong perjuangan samada dalam wadah pembangkang ataupun tidak, dalam menuntut memansuhkan ISA tiada kredit?

Siapakah pencetus inisiatif tersebut kalau bukan rakyat yang membantah kerajaan dalam isu ISA, terutamanya barisan pembangkang dulu, sehinggalah Pakatan Rakyat kini yang menyerang habis-habisan ugutan dan salahguna ISA oleh puak-puak kanan di dalam Umno Apco, dan adik mereka PERKASA selama ini yang menggunakan akta ini demi kepentingan politik semata-mata?

Tetiba, pejuang-pejuang yang dulunya bermati-matian nak kekalkan ISA hendak menjadi hero, yang hendak mansuhkan ISA sejak dulu pula sengaja diketepikan. Tindakan ini terus mengingatkan rakyat kepada nasib yang menimpa pejuang-pejuang haluan kiri pra-kemerdekaan sejarah seolah-olah diulang tayang untuk membuka mata rakyat marhaen dan anak anak muda.

Tiru idea....

Cukup marah nampaknya perdana menteri dan para pimpinan Umno Apco apabila dikatakan mereka telah meniru idea orang lain - barangkali itu sebenarnya punca utama di sebalik penggantungan Anwar Ibrahim dan beberapa ahli parlimen dari Dewan Parlimen dalam kontroversi APCO kerana mereka juga pernah menyatakan idea 1Malaysia adalah hasil ciplak 1Israel.

Media perdana kini terus memberikan bayangan bahawa perdana menteri sedang disanjungi kerana keberaniannya dalam menghapuskan ISA sehinggakan  Zaid Ibrahim perlu cepat-cepat memohon maaf kepada Najib Altantuya kerana tersilap membuat andaian bahawa menyangka perdana menteri tidak berani, walaupun tiada apa-apa konkrit yang berlaku lagi selain pengumuman lisan beliau.

Anak anak muda akan meneliti secara dekat hasrat murni ini dengan hati-hati kerana pada masa yang sama, Najib Altantuya turut mengumumkan untuk menggubal dua akta baru bagi menyekat golongan pengganas yang akan mencetuskan suasana huru hara dan menggugat ketenteraman awam.

Tafsiran pengganas dan ancaman ini pula luas, tak tahulah ia mengikut tafsiran Umno Apco-Babi Negara ataupun kerajaan memerintah? Semuanya masih samar dan tidak diketahui.

Anak anak muda akui keamanan negara menjadi keutamaan dan tiada pihak ingin melihat negara menjadi tidak aman.

Rakyat Marhaen sering dikecewakan....

Namun, kerajaan Babi Negara tidak boleh menyalahkan rakyat marhaen yang bersangka buruk pada pengumuman ini kerana rakyat sudah banyak kali dikecewakan.

Apa yang menjadi keraguan rakyat marhaen dan anak muda ialah kebanyakan akta digubal asalnya dengan tujuan yang sangat baik, tapi rakyat marhaen dan anak muda sedar apabila sampai sudut pelaksanaannya, ia sering kali disalahgunakan bukan untuk menjaga kepentingan negara,

tapi hanya kepentingan Umno Apco Babi Negara, terutamanya apabila hipokrisi mereka telah terlondeh dan nyawa-nyawa ikan.

Ini ditambah pula dengan pelbagai janji Umno Apco Babi Negara yang jarang ditunaikan, terutamanya janji-janji yang ditaburkan semasa pilihan raya telah menyebabkan majoriti rakyat marhaen dan anak muda serik dengan pengumuman sedemikian.

Pada masa yang sama, rakyat marhaen dan anak anak muda kini dibelenggui satu persoalan yang amat mustahak..

apakah jaminan yang boleh mereka harapkan dengan mengekalkan Umno Apco Babi Negara? selain ISA yang dijanjikan akan dimansuhkan, apakah jaminan bahawa penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, politik fitnah akan turut terhenti daripada terus berlaku itu?

Rakyat marhaen dan anak muda sebenarnya sedar bahawa tiada apa yang boleh dijamin dalam hal-hal sedemikian sekiranya Umno Apco Babi Negara dikekalkan.

Tambahan pula, Najib Altantuya sudahpun memberikan bayangan jaminan bahawa rakyat akan terpaksa menanggung kedatangan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) sekiranya Umno Apco Babi Negara kekal berkuasa selepas pilihanraya umum ke-13.

jaminan terbaik sekarang untuk rakyat marhaen dan anak muda ialah dengan mengambil langkah berani untuk mencuba pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat untuk satu penggal bagi membolehkan segala janji yang diterterakan dalam Buku Jingga dilaksanakan selepas pilihanraya umum ke-13.

Percayalah kerajaan Pakatan Rakyat akan bersungguh-sungguh melaksanakan semua janji mereka kerana Pakatan Rakyat sedar 'rakyat' adalah bos mereka yang sebenar dan hakikatnya, tiada kerajaan yang hanya ingin berkuasa untuk satu penggal.

Inilah jaminan yang lebih menyakinkan daripada terus mempercayai bahawa Umno Apco Babi Negara akan berubah satu hari nanti.


SANGGUPKAH ANAK MUDA MELIHAT..
BANGLA MENJADI MENTERI DALAM NEGERI?
KERANA UMNO APCO TELAH MEWARISKAN..
PEMERINTAHAN MALAYSIA KEPADA WARGANEGARA BARU..
YG DI WARGANEGARAKAN DEMI MEMANGKAH UNDI..
UNTUK BANGSAWAN DERHAKA DAN PENGKIANAT NEGARA..
KAH KAH KAH


KLIK - Send - DI BAWAH INI UNTUK ANAK ANAK MUDA MENCARI KEBENARAN!

No comments:

Post a Comment

Twitter Facebook Feed