Tuesday, September 27, 2011

Maafkanlah Kata Kata Ketua Polis Negara Kita Wahai Anak Anak Muda! Anak Muda Faham!. kah kah kah..

ANAK ANAK MUDA SEMUA..
TOLONGLAH MENJAGA NAMA BAIK POLIS..
GUA RISAU ORG ORG MELAYU AKAN BERPECAH..
KAH KAH KAH


Kuala Lumpur 27 sept - Apakah kewajaran Ketua Polis Negara yang secara terang-terangan menyatakan berpendirian beliau tentang kedudukan sebuah parti politik, Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang?

Walhal beliau merupakan penjawat awam yang memerlukan sikap profesional yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugasnya.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar  dilaporkan mengeluarkan pandangan secara terbuka bahawa kerajaan BN boleh kalah dalam pilihan raya umum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik.

Kenyataan seperti itu sepatutnya tidak keluar oleh seorang kakitangan kerajaan yang berkhidmat bukan kerana parti pemerintah tetapi adalah berkhidmat untuk rakyat dan kerajaan.

Apakah beliau tidak boleh membezakan antara parti politik dan kerajaan yang memerintah? Padahal beliau dibayar gaji melalui wang yang dimiliki rakyat keseluruhan, bukannya daripada ahli Umno-BN.

Dipetik dari Harakahdaily, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pendirian Ismail Omar itu menampakkan sangat KPN itu berkhidmat untuk Barisan Nasional (BN) kerana memperlihatkan kebimbangan Umno-BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang.

Apa masalah kepada pasukan polis kalau BN kalah?


Mengapa Ketua Polis Negara nampak risau sangat?

Gua harap sangat tidak ada kaitan dengan apa yang disebut oleh  Mahathir  bahawa sudah jadi parti perasuah.

Mengapa Ketua Polis Negara sibuk sangat sama ada BN menang atau kalah?

Kalau Ismail dah terlupa, rakyat perlu bangkit beramai-ramai untuk mengingatkannya bahawa tugas polis menjaga kepentingan negara dan rakyat, bukan menjadi suruhan BN dan menjadi pengawal keselamatan parti itu.

Polis sepatutnya dilihat tidak memihak kepada mana mana pihak,

Ketua Polis Negara itu memperlihatkan dirinya lebih Umno dari Umno.

Apa perlunya pihak polis mengadakan sesi memerah otak, diskusi dan juga forum sehingga berbulan-bulan lamanya sebelum ISA dan lain-lain undang-undang darurat dihapuskan?

Adakah polis sudah mengambil alih tugas Jabatan Peguam Negara?
Kerja polis bukan menggubal undang-undang, kerja polis menguatkuasakan undang-undang,

Sambil mengakui pihak polis boleh dipanggil untuk memberikan pandangan dalam penggubalan sesuatu undang-undang yang berkaitan dengan bidang kuasanyaadalah pelik kalau Ketua Polis Negara pula yang nampak lebih sudu dari kuah.

Sekarang semakin ramai yang menuduh Najib kelihatan lebih tidak cerdik dari Abdullah
- tiewnama


Logika -

Kita sebagai anak anak muda.. maafkanlah KPN ini..
kerana saling maaf memaafi itu adalah perkara yg di tuntut..
dan saling tolong menolong kearah kebaikan itu lagi sangat di tuntut..

tolong lah umno apco yg semakin nazak ini.. kah kah kah
ucapkan kalimah di telinganya..
agar mudah kematiannya..
supaya tidak terseksa roh dan dirinya..
dan anak anak muda akan melawat kuburannya..
yg berangka 11 itu sebagai batu nisan berhias indah untuknya..
di dalam perut muzium negara..
bersama semangat ketuanan zionis mereka..
dan akan berakhirlah segala malapetaka..
kah kah kah...
KLIK - Send - DI BAWAH INI UNTUK ANAK MUDA KONGSIKAN BERSAMA ARTIKEL!

2 comments:

  1. tiada maaf bagi mu!

    ReplyDelete
  2. ayat nampak serius yg akhir sekali, tapi bila baca sakit pipi nak gelak. kihkih

    ReplyDelete

Twitter Facebook Feed