Sunday, September 04, 2011

Naib Presiden UMNO Halau Peminta Sedekah? Siap Ada Yg Mati lagi?

MARAH....Shafie sedang memarahi para peminta sedekah selepas tragedi malang yang cuba disembunyikan beliau. Gambar ehsan Hamba Allah.


MUNGKINKAH Ketua Polis Daerah Semporna, Mohd Azim Khan menutup kes (cover-up) kematian akibat kemalangan maut di rumah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehari menjelang Hari Raya Aidilfitri?

Mungkin tidak kerana mungkin tidak ada pihak yang membuat laporan atau Shafie Apdal sengaja menutup kes berkenaan demi untuk menjaga maruahnya?

Tim Pemantauan Angkatan Muda PKR yang menghubungi saya memaklumkan bahawa pada malam tragedi berkenaan begitu memilukan dan semua tetamu kelamkabut apabila besi penghadang tangga rumahnya roboh kerana terlalu ramai PATI dan warga tempatan yang bersesak-sesak menyerbu rumahnya untuk mendapatkan ‘Sedekah’.

Dilaporkan lebih 20 orang cedera parah dan ada mangsa yang meninggal dunia kerana tertusuk besi penghadang tangga berkenaan dan dibawa ke Hospital Daerah Semporna, namun jenazahnya dilaporkan ‘Hilang’ keesokan harinya.
Tetamu yang hadir pada malam itu turut melaporkan seorang pekerja dan pengawal rumah Shafie, Abdul Rahman Awang yang berasal dari Tanjung Kapur (Bugaya) meninggal dunia kerana serangan jantung disebabkan terkejut dengan peristiwa berkenaan.
Manakala seorang Wanita Tua dari Kampung Halo, Bangau-Bangau yang datang ke rumah Shafie untuk mendapatkan sedekah RM50 daripada Shafie, telah meninggal dunia di hadapan rumah Shafie pada hari yang sama; menjadi mangsa langgar lari oleh kenderaan lalu lalang kerana keadaan terlalu sesak.

Selepas tragedi mengejutkan tersebut, Shafie turun dari rumah dan dengan perasaan teramat marah kepada tetamu tidak diundang; sambil berteriak dengan suara lantang sehingga terdengar oleh orang lalu lalang di jalan raya.

"Bang but itu, embal na aku muan sin maka pilak, (kalau macam ini, saya tidak lagi beri wang),” teriak Shafie sehingga tetamu tidak diundang terkejut dan beransur pulang.

Dilaporkan pada malam itu, Shafie sudah berhenti memberi wang kerana esoknya tiada lagi peminta sedekah yang datang ke rumah Shafie dan ketika Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitrinya pada hari raya ketiga, sudah tidak kelihatan peminta sedekah yang menyerbu rumahnya sebelum ini.

Persoalannya, kenapa isu ini tidak dilaporkan media sedangkan media Arus Perdana termasuk rangkaian televisyen ada membuat liputan? Kenapa Polis Semporna tidak tahu sedangkan mereka dipanggil untuk menghalau peminta sedekah? Mengapa Hospital Daerah Semporna menafikan ada mangsa yang meninggal dunia yang dihantar ke hospital dan ke mana menghilangnya jenazah berkenaan?

Tim Pemantauan AMK PKR sedang berusaha untuk mendapatkan rakaman video melalui telefon bimbit seorang tetamu yang kini turut diburu penyokong Shafie untuk memastikan kemalangan maut berkenaan tidak tersebar di media massa, terutama Youtube.

Sewajarnya keluarga mangsa memohon Inkues agar isu memalukan ini tidak ditutup begitu sahaja kerana yang meninggal dunia, terutama ibu si Bunga, bukannya tikus, tetapi manusia!

Sebelum ini, isteri Shafie, Datin Suriani Mohd Shuib dilaporkan telah melemparkan sekotak wang dominasi RM100 dan RM50 sejumlah antara RM50,000 sehingga RM100,000 kepada para peminta sedekah yang menyerbu beliau untuk mendapatkan wang ketika Shafie masih berucap di Dewan Masyarakat Semporna; tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat untuk menyiasat kes ini - Sumber

logika..

beb.. bagi bangsawan harbi sama sahaja..
mereka hanya memandang rendah dan hina akan org org miskin..
ternyata terlalu ramai org org miskin di negara ini..
sedangkan pemimpin pemerintah kaya raya sehingga duit mereka sudah tidak
mampu lagi di masukkan ke bank..

anak anak muda semua.. berfikir lah dgn menggunakan akal yg di anugerahkan..
melihat dari semua sudut betapa sang penguasa adalah penganiaya yg paling agung..
di dalam dunia.. tiada lagi sifat belas kasihan pada golongan miskin..

kerana anjing bangsawan harbi ini hanya mementingkan diri sendiri
serta sanak kroni..

kita kena tahu bahawa bangsawan sudah tidak layat lagi utk memerintah negara..
lebih baik rakyat yg perintah.. kerana rakyat itu memahami kehendak rakyat..
bangsawan hidupnya senang sepanjang hidup.. tiada kenal mereka erti air mata..
mencari sesuap nasi demi utk hidup..

mereka hidup utk makan
kita makan utk hidup..
kah kah kah

4 comments:

  1. jadikan berita ni ke tahap national, SEMUA RAKYAT KENA TAU !

    ReplyDelete
  2. sokong penuh 100%. kena londehkan UMNO

    ReplyDelete
  3. walaupun sy x berapa sokong bn, tp bab shafie apdal nie sy mmg hormat dia sangat2. Kerana dia mmg betul2 berniat mmbntu golongan susah d daerah semporna. x kedekut n sntiasa murah hati. X berkira soal wang, x pernah ada yg pulang dr rumah beliau tanpa menerima bantuan. bukan rasuh tp itulah hakikatnya... kbykan pemimpin politik berlumbah buat rumah besar2, tp rumah beliau biasa shaja...

    ReplyDelete
  4. mmg kebiasaan rumah shapie x prnah sunyi jika terdengar desas desus yg shapie akan tiba di smporna. Inilah yg akan trjd, rmai org akan berpusu2 ke rumah beliau x kira hari perayaan atau hari biasa, yg ptg asal shapie ada, rumah nya juga akan sesak. Ini semua diluar kawalan beliau, beliau mmg terknenal pemurah, x kedekut dgn duit, dan sentiasa mmbntu golongan miskin, sebab itulah asal saja beliau tiba disemporna ramai org berasak dtg kerumah beliau, krn beliau x pilih kasih, semua yg dtg akan dpt bantuan tnpa harapkan balasan. Saya mmg snjung beliau... Apa yg trjd bukan disebabkan beliau, tp disebabkan pengunjung yg dtg x tahu besabar dn menunggu.. Knp beliau harus dipersalahkan... saya jamin, pemimpin lain x ada yg macam beliau, menjd faveret rakyat. kejadian yg berlaku hnya kemalangan yg bukan disebabkan oleh beliau, tp oleh pengunjung sendiri..

    ReplyDelete

Twitter Facebook Feed