Wednesday, September 14, 2011

Rompak kedai mamak telah di tangkap!!!! Tahniah PDRM!!!! - Gua respect Lu Beb!!!

BUDAK BUDAK REMAJA KINI SUKA MEROMPAK!
GUA BUKAN SUKA SUKA MEROMPAK..
GUA ROMPAK BAGI PADA FAKIR MISKIN..
GUA KAN ROBIN HOOD 1MALAYSIA..
ANAK ANAK MUDA SEMUA JGN TERPEDAYA DGN DAKYAH PEMBANGKANG..
GUA BUAT SEMUA INI ADALAH SEMATA MATA..
KERANA RAKYAT DI HULUKAN
BANGSAWAN MELAYU DI UTAMAKAN..
GUA SYG MALAYSIA..
GUA TAKNAK TENGOK MALAYSIA MISKIN..
RAKYAT MISKIN TAKPA BOLEH MAMPOS..
UMNO MISKIN..
GUA YG MAMPOS NANTI..
KAH KAH KAH

PEROMPAK DI BERKAS - TAHNIAH PDRM!

SHAH ALAM, 14 SEPTEMBER— Polis Selangor menahan lapan lelaki termasuk dua pelajar tingkatan lima dan dua pengawal keselamatan sebagai suspek rompakan bersenjata secara berkumpulan di dua buah restoran mamak pada 28 Ogos dan 8 September lalu.


Suspek pertama ditangkap di Pangsapuri Rimba Jaya, Klang pada 8 September pukul 11 malam selepas rompakan ke atas restoran mamak dilakukan pada pagi hari yang sama.


Penangkapan suspek pertama membawa kepada penahanan tujuh lagi suspek sehingga Ahad lepas (11 September) dan kesemua suspek yang berumur antara 17 dan 27 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.


Bagaimanapun, beliau berkata polis masih mencari seorang lelaki dikenali sebagai S Veeramuthu, 19, dari Kapar bagi membantu siasatan berhubung kes itu.


Katanya seorang daripada suspek yang ditahan adalah antara mereka yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes samun sebuah rumah di Gombak.


Beliau berkata kejayaan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes samun restoran mamak ini berjaya menahan suspek walaupun mereka cuba menyembunyikan identiti mereka dengan memakai topi keledar dan jaket semasa merompak adalah hasil intipan yang berkesan.


Polis juga merampas sebuah motosikal jenis Yamaha yang dilaporkan dicuri di Shah Alam, sebuah beg laptop, topi keledar dan jaket yang dipakai mereka semasa melakukan rompakan. - tiewnama


logika..

apa apa pun.. gua ucapkan tahniah pada PDRM sebab berjaya tangkap suspek..
dan satu lagi.. kalau boleh.. jgn pukul budak budak nie...
belanja mereka minum teh dan tanya sebab apa mereka merompak..


mesti mereka akan jawab begini...


pakcik.... kami merompak sebab kami tiada duit.. sebab kami di tindas.. sebab susah nak hidup di malaysia ini.. segalanya mahal.. segalanya terlalu mahal sehingga kami tiada jalan lain lagi selain merompak.. kami merompak sebab kami nak hidup.. nak makan..

sebab umno apco menindas kami sejak dulu lagi.. kami tak mampu untuk hidup di negara di kuasai kaum kaum bangsawan perompak wang rakyat.. pemimpin negara ikan jerung boleh merompak.. salahkah kami ikan masin merompak? kami cuba ikut contoh pemimpin negara sahaja pakcik... sebab kepimpinan melalui tauladan kan?
kah kah kah


4 comments:

  1. ayat yg las skali yg aq nak tegelak.
    "sebab kepimpinan melalui tauladan kan?"
    umno gak mung salahkan ye?

    ReplyDelete
  2. bodoh ar last2 punya statement.... org bagi peluang pekerjaan terbentang luas.... oi pendatang asing pun boleh hidup kat malaysia ni. yg malas dan busuk hati mcm admin ni jerk tak boleh hidup kat malaysia ni. ko memang bodoh admin.

    ReplyDelete
  3. utk Anonymous says:
    14 September 2011 14:45

    ngko lagi bodoh. sokong gak perompak wang rakyat tue.

    ReplyDelete
  4. bezanya UMNGOK rompak ada lesen....

    ReplyDelete

Twitter Facebook Feed