Saturday, September 24, 2011

UNDANG UNDANG ISLAM! - Kungfu vs Keris! kah kah kah



SAH! Cerita ni takkan keluar kat TV3suku DAN MEDIA UMporNO Be eNd. Takde ribut takde taufan, tetibe semua media perdana main isu HUDUD. Dilagakan DAP ngan PAS. Kenapa? Seperti sedia maklum, semua ni untuk menutup isu yang hangat diperkatakan dalam BN sendiri. Kes yang sama, HUDUD: MCA-GERAKAN vs UMNO.

MCA semalam mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga sanggup berpisah dengan sekutu setilamnya Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu. Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya lagi. "Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," kata LEBAI CSL mencantas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud.


Sekutunya, Timbalan Presiden Gerakan yang dah bergerak Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan. "Kita bukan negara Islam tetapi negara dengan majoriti umat Islam dan minoriti bukan Islam yang ketara. Struktur asas perlembagaan kita mengekalkan kepelbagaian ini dan ia menunjukkan kenapa undang-undang sekular digunapakai terhadap semua orang. Kita tidak boleh ada set undang-undang berbeza untuk setiap seksyen masyarakat". Kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan.
Aisehmen bro Jib ngan bro Din, macam sama je ayat ayat tu dengan apa yang disebut pemberita BULETIN UTAMA TV3suku ye? Cuma bezanya, di TV antara DAP ngan PAS, hakikatnya MCA-GERAKAN dengan UMNO yang bertelagah pasal HUDUD. Jangan malu jangan segan, luahkan je... Lagipun UMNO BERANI KE nak buat HUDUD? Tak takut kene POTONG TANGAN? kah kah kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahh...
di catat oleh LEGENDRY ORENJI.

KLIK - Send - DI BAWAH INI UNTUK ANAK MUDA KONGSIKAN BERSAMA ARTIKEL!

No comments:

Post a Comment

Twitter Facebook Feed