Friday, October 21, 2011

Singapura Iktiraf Muhyiddin Bakal Perdana Menteri Malaysia Ketujuh!


Berita mengenai lawatan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang juga bekas Menteri Besar Johor dari 13 Ogos 1986 hingga 6 Mei 1995 melawat Singapura hujung minggu ini disifatkan pemerhati politik sebagai pengiktirafan tidak rasmi Temasek ke atas Muhyiddin yang sudah bersiap sedia mengambil alih jawatan dari Najib Altantuya.

Seperti kelazimannya, sebelum seseorang perdana menteri Malaysia dilantik memangku jawatan tersebut, Singapura akan menghubungi risikan tentera untuk  menghantar calon yang dikemukakan untuk tujuan penapisan oleh pakar risikan Israel yang bertugas di republik itu.

Jika masih tak percaya  tanyalah Mahathir mengapa sebelum dia memutuskan untuk menyerahkan jawatannya kepada Abdullah Badawi pada 31 Oktober 2003, Pak Lah sudah pun berada di Singapura "membuat lawatan" beberapa bulan sebelum dia dilantik menggantikannya.

Pak Lah ketika itu menghadap Perdana Menteri, Goh Chok Tong dan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden, SR Nathan sebelum menemui perisikan Israel di satu lokasi rahsia di republik itu.

Atas kapasiti mahu membincangkan masalah bekalan air dan isu penggunaan ruang udara oleh Tentera Udara Singapura (SAF), Pak Lah bertemu dengan Chok Tong selepas "temuramahnya" dengan perisik selesai.

Dan kini sejarah tersebut berulang lagi.

Kali ini Najib Altantuya tahu timbalannya akan berjumpa dengan Lee Hsien Loong setelah mengetahui bahawa hayatnya menjadi perdana menteri sudah semakin tamat.

Singapura mahu memastikan Malaysia akan terus mengutamakan kepentingannya dalam segala segi termasuk isu keselamatan dan kebimbangan Temasik Barisan Nasional akan tumbang dalam pilihanraya umum akan datang.

Dan yang paling penting, kemaraan Pakatan Rakyat terutamanya PAS sebagai salah satu parti yang memperjuangkan Islam mesti disekat dan ia sudah dimaklum kepada Washington sebagai  prosedur biasa - menjamin rantau Asia Tenggara disekat dari mengembangkan pengaruh Islam setelah berjaya membunuh seorang lagi pemimpin Asia Barat, Muammar Gaddafi semalam.

Najib Altantuya sudah tidak lagi mampu untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat akibat skandal komisen kapal selam Scorpene dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006 yang bakal dibicarakan di Paris bulan depan atau Disember nanti.

JALAN PULANG


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Singapura pada 24 dan 25 Oktober ini.

Lawatan itu bertujuan mengukuhkan hubungan dan kerjasama yang lama terjalin antara kedua-dua negara berjiran itu, menurut kenyataan Wisma Putra, hari ini.

Dalam lawatan itu, Muhyiddin akan diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selain Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin; Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit dan pegawai kanan dari Kementerian Luar.

Timbalan Perdana Menteri dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan timbalannya, Teo Chee Hean, serta mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Pelajaran Singapura, Heng Swee Keat.

Muhyiddin akan turut melawat Institut Pendidikan Teknikal, Lembaga Pelancongan Singapura dan Insinerator Tuas. - Tiewnama

5 comments:

  1. Kenape perlu jumpa perisik Israel??
    X jumpa x boleh ka??

    ReplyDelete
  2. Anon 12:33
    Dah nama pun UMNOYAHUDI kenalah mengadap BOSS.

    ReplyDelete
  3. dah berapa lama dengar najib nak kena bicara..tapi xda berita pun sampai sekarang..peguam dah pencen ke??

    ReplyDelete
  4. haiya betul ka ini cerita? awat tak jumpa jer natanyahu kat israel jer.. abis kalau jumpa boleh menang ke pilihan raya? patut jumpa lima enam calon baru reliable sikit.

    Itu muhidin ingat org suka ka, jual air murah pakai calculator sapa? bukan dia ke MB dulu, siap bagi tanah kat singapore buat tadahan air.

    Ops calculator rosak la

    ReplyDelete
  5. ayooo bikin auta memang senang.... olang olang suka katun memang suika ini skrip.

    ReplyDelete

Twitter Facebook Feed